Andainya lelaki tahu dalam hati eorang perempuan,
Ada naluri untuk disayangi,
Ada rasa untuk diberi perhatian,
Ada rasa untuk didengari keluh kesahnya,
Ada waktu2 minta ditemani kesedihannya...
Andainya lelaki tahu,
Rajuk seorang perempuan minta dipujuk,
marah seorang perempuan perlu didekati,
sedih seorang perempuan harus didengari,
Gembira seorang perempuan ingin dikongsi...
Andainya lelaki tahu disebalik seribu satu rasa itu,
Ada sekeping hati nan lembut...
Bukan untuk dimanjai,
Bukan jua untuk ditatang bagai minyak yang penuh....
hanya perlu sedikit perhatian...
Agar rasa kasih itu terasa wujud,
Walau disaat jauh...
Kerana andai lelaki tahu,
hati ini sentiasa bertanya pada seorang diri perempuan,
Wujudkah cinta itu dihati lelaki ???
Bila disaat jauh tanpa pekhabaran....
Sayangilah seseorang itu atas dasar siapa dirinya,
sebelum ini cintailah seseorang itu kerana hatinya,
bukan paras rupanya semata- mata....
No comments:
Post a Comment