Bermula dengan kehidupan di rumah,
kehidupan kanak-kanak ribena di tadika,
kehidupan pra-matang di sekolah rendah,
kehidupan agak matang tetapi pura2 matang di sekolah menengah,
dan....
sampai laaaaa nih (speaking bahasa penang jap) ...sehinggalah kini......
kehidupan yang mungkin aku boleh anggap agak berbeza berbanding situasi yang lepas2...
Masa tadika,skolah rendah,skolah menengah,dan di Universiti, aku sure, perkara yang sangat normal dalam kalangan kita as makhluk sebaik2 kejadian Tuhan, perasaan suka dan minat terhadap lain2 jantina. Macam2 jenis manusia, macam2 jenis ragam dan perangai kita dah jumpa dan temui. Perkenalan antara kaum adam dan hawa semasa di sekolah mesti orang akan cakap cinta monyet. Aaahhh..memang betol pon cinta monyet. Budak-budak...biasalah tuh. Tak matured lagi ! tak moden lagi ! naif lah ! ape lah! Bila dah masuk U pon , orang still akan cakap benda dan ayat yang sama. Tapi korang kena ingat,
" Dalam hidup ini, perasaan di antara lelaki dan perempuan adalah satu fitrah pada manusia"
Orang cakap, kalau kita bercinta time muda-muda seolah-olah macam membuang masa. Bahasa gangsternya,
"ek elehhh...buang karreeennnnnNNN jeeerrrkk! ".
Banyaklah kau punye kareeennn kann. Puas aku berhempas pulas, ko cakap aku buang karen! haha. Orang selalu cakap, kalau bercinta dan berkahwin time muda2, macam kau sia2kan kehidupan muda kau. Ish, mana boleh judge orang macam tuh. Nasib kita nih, dah ditentukan oleh Tuhan. Tuhan je yang tau apa yang baik dan apa yang buruk buat kita. Just kita je yang kena pandai mengubah nasib kita tuh. Betol tak?
Tanyalah mana-mana manusia pun kan..
"dalam hati ko ada perasaan sayang tak??"
"dalam hati ko ada perasaan cinta tak??"
""dalam hati ko ada perasaan nak disayangi oleh someone tak??"
sure mesti ada jawapan. Kalo mulut ko yang tak bagi jawapan tuh sendiri..x lafazkan sendiri. tapi hati ko mesti berbisik jugak kan jawapan-jawapan tuh semua.
Haiihh...sedangkan manusia kronik pon ada jiwa, hati dan perasaan taw.
. Sedangkan kucing ada perasaan,
pokok mawar ada perasaan,
pokok bunga raya ada perasaan,
inikan kita plak kan manusia..
cuma kita tidak dapat melihat dengan mata kasar je, tapi kita boleh merasainya.
Skang nih, aku just nak mintak pendapat korang je, tak mintak lebih pon,
" apa dan macam mana perasaan korang bila ada ORANG TERSAYANG kat sisi korang ? "
"apa yang korang rasa bila ada ORANG TERSAYANG AMBIL BERAT TENTANG DIRI ANDA"...
Saje nak buat entry lain daripada yang lain kali nih. Asik2 aku bukak cerita pasal aku je.
Dis time, aku mintak pendapat korang plak.
Aku amat-amat mengharapkan pendapat @ jawapan from blogger2 senior.
tq :)
bagi aku, hidup nih bukan sekadar untuk suka-suka dan main-main je.
MOOD : I love you, i love you with all my heart ;)
awak tau siapa yang saya maksudkan?