Monday, 27 December 2010

MEMAHAMI SIFAT LELAKI

1. Hidup Lelaki Lebih Mudah
Lelaki lebih mudah cara hidupnya berbanding wanita. 

Kerana itu, lelaki sukar untuk memahami jika sesuatu 
perkara itu disampaikan dalam bentuk kiasan ibarat 
oleh wanita. Wanita suka mengkias ibarat dan berharap 
lelaki faham, tetapi lelaki lebih suka jika ianya 
dijelaskan dengan bahasa yang mudah dan jelas, secara 
berterus-terang. Sekiranya wanita tidak jelas mengenai 
sesuatu perkara, tanyalah secara terbuka kepada 
lelaki.




2. Bahasa Lelaki Adalah Berlainan
Lelaki bercakap dengan bahasa yang berlainan. Ini yang 

menyebabkan lelaki dan wanita sukar berkomunikasi 
antara satu sama lain. Apa yang dari kata-katanya, 
jika dia bercakap dengan wanita, adalah berbeza 
daripada yang dimaksudkannya. Inibukan bererti dia 
berbohong. Maka adalah lebih baik bagi wanita untuk 
memahami lelaki dari apa yang dilakukannya berbanding 
dari apa yang dikatakannya. Lelaki tidak pandai 
melahirkan rasa hatinya dalam bentuk kata-kata.



3. Lelaki Suka Membisu
Wanita berkebolehan untuk membincangkan sesuatu subjek 

yang sensitif dan mendukacitakan sebagai salah satu 
cara berhadapan dengan realiti, tetapi lelaki masih 
lebih suka untuk menyembunyikan dan membisu.




4. Lelaki Tidak Kompleks
Jika terdapat semua tanda yang menunjukkan bahawa 

seseorang lelaki hanya mahu wanita menjaganya, 
mengemas rumah, menyediakan makanan untuknya dan 
melakukan jima' secara kerap dengannya, wanita harus 
percaya babawa itulah yang lelaki tersebut mahu. Ini 
bukan bererti lelaki berfikir secara primitif, tetapi 
lelaki memang sedemikian. Wanita biasa menganggap 
lelaki sebagai kompleks, tetapi sebenamya kehendak 
lelaki adalah mudah.




5. Jangan Paksa Lelaki
Bila wanita mendesak lelaki agar mendedahkan 

perasaannya, mungkin lelaki itu akan mendedahkan 
sesuatu yang wanita itu tidak suka mendengarnya. Maka 
adalah lebih baik jangan bertanya dan menyelidik 
hingga ke akar umbi. Lebih baik bagi wanita membaca 
bahasa badan lelaki, matanya, atau perubahan mendadak 
dalam corak perlakuannya. Jika dia pada kebiasaannya 
suka membaca tetapi tidak melakukannya, mungkin pada 
ketika itu fikirannya sedang kacau.




6. Lelaki Berahsia Dengan Lelaki Lain
Tidak sebagaiana wanita yang lebih mudah untuk 

bercakap dengan wanita yang lain mengenai masalah, 
harapan dan kebimbangan yang amat rahsia dan peribadi, 
adalah 
sukar bagi lelaki untuk menjadi mesra secara verbal 
sedemikian rupa. Untuk melakukannya, lelaki memerlukan 
kekuatan dan keberanian yang tinggi.



7. Lelaki Pentingkan Kejujuran
Jika lelaki tahu bahawa isterinya suka bercerita pada 

wanita lain tentang dirinya, besar kemungkinan lelaki 
itu tidak akan bercerita lagi secara mesra mengenai 
hal-hal rahsia kepada isterinya. Kejujuran adalah 
penting bagi lelaki. Dia mahukan isterinya menyimpan 
rahsia-rahsia rumahtangga.




8. Lelaki Tidak Suka Dikritik
Jangan mengkritik lelaki, melainkan jika anda sedia 

untuk bertikam lidah dengannya. Lelaki tidak begitu 
terbuka untuk menerima kritikan. Mengkritik di 
belakangnya, contohnya kepada saudara atau kawannya, 
mungkin dapat mengelakkan konfrantasi serta merta 
tetapi dia akan berasa marah juga apabila perkara 
tersebut disampaikan kepadanya. Cara yang baik untuk 
mengkritik lelaki ialah dengan berjenaka dan lembut.

Cara lelaki mengkritik adalah berlainan, dan jarang 

dilakukan oleh lelaki. Bila lelaki mahu mengkritik, 
masa dan keadaan dipilih dengan teliti. Bila menegur, 
perbincangan itu ringkas, tidak beremosi, dan tepat. 
Untuk wanita mengkritik lelaki, elok jika kritikan itu 
digabungkan dengan sedikit pujian.




9. Lelaki Juga Mahukan Sokongan
Bila lelaki menghadapi masalah dan mengadu pada 

wanita, wanita harus memberitahu lelaki itu bahawa dia 
masih diperlukan. Lelaki mahukan keselesaan perasaan, 
sokongan serta kata-kata "Saya cintakan abang..." 
dan "Tidak kira apa yang terjadi, saya tetap bersama 
abang .....".




10. Lelaki dan Ego 

Ramai lelaki menunjukkan egonya di dua masa, pertama 
di dalam kerja, dan kedua di atas ranjang. Ini 
biasanya menyebabkan wanita menjadi bosan. Tetapi 
sebaik-baiknya 
wanita patut memepertingkatkan ego suaminya. Wanita 
yang menyemarakkan api cinta akan menikmati kehangatan 
api cinta itu. Lelaki mahu wanita memberitahu bahawa 
sumbangannya diiktiraf dan dinilai. Jika nda tidak 
menyatakannya kepadanya, siapa lagi. Jika anda 
mempertingkatkan ego lelaki, ia akan membuatkan lelaki 
merasa senang dan setiap orang di sekelilingnya akan 
mendapat faedah terutamanya yang dicintainya.




11. Sahabat Yang Paling Baik
Jadilah sahabat yang paling baik kepada suami anda, kepada kekasih anda, 

dan dia akan menjadi sahabat yang paling baik kepada 
anda.




13. Lelaki Suka Menyelerak
Lelaki bersifat suka menyelerakkan barang-barang dan 

berharap isterinya akan mengemas. Kadangkala lelaki 
mahukan isterinya bersifat seperti ibunya. Walaupun 
pada kebanyakan ketika lelaki adalah pembuat yang 
memulai atau meneruskan sesuatu, ada kalanya mahu 
dijaga oleh seorang 'ibu'. Dia menunjukkan kemahuannya 
itu secara tidak langsung dengan menyelerak.


No comments:

Post a Comment