Monday, 27 December 2010

Perasan tak dunia blogging dah tak macam dulu...


Salam and hi semua! Wah, lama tak update blog sendiri. Tak payahlah tanya kenapa. Semuanya sebab si Broadband yang lemau hangit tu. Dah 2 weeks ok dok layan tenet guna hp. Tak tahulah kabel mana yang terputus lagi. Sengal. But now, macam ok pulak. Try update blog ni secepat mungkin! hahaha.
Kali ni, saya nak sembang pasal dunia blogging. Perasan tak, lately ni dunia blogging dah tak macam dulu? Saya tak tahu dulu-dulu-dulu sebab saya pun baru sangat dalam dunia blogging ni. Emm, about 3 months aja. Dulu, saya rasa macam indah sokmo dunia blogging ni.
Boleh dapat ramai kawan. Boleh bincang macam-macam topik. Best!
Cuma, saya tak pastilah kenapa. Kepala-kepala dalam dunia ni macam suka nak menjatuhkan orang lain. huhuhu. Sedih! Entry ini bukan fakta ok. Ianya cuma 1 pendapat peribadi saya yang tak sehebat mana dan in fact, saya terlalu kecil dalam dunia blogging ni! Mak saya kata, hidup kena selalu rasa rendah diri. Tapi, dalam case saya. Bukan saya rendah diri tapi saya sedar diri. muahahaha!
Ok. Pandangan peribadi saya tentang dunia blogging hari ini. Sudah tak best!
Mungkin saya silap. Tapi, saya rasa maybe ada yang sependapat dengan saya tentang yang 1 ni. Betul ke tidak, kalau saya katakan yang bloggers Malaysia sekarang dah tak ada rasa respect langsung each other?Setuju tak? If setuju, maceh. If ada yang geleng kepala, pun terima kasih.
Masing-masing ada pendapat sendiri. Bebas bersuara. Silakan menulis komen selepas entry ini. Kalau sudilah. Saya tak pernah paksa orang menulis komen. kehkehkeh.
Saya ambil 1 situasi. Cerita perang jari dekat Twitter. Serious, saya dah muak sebab dah berapa kali saya menulis isu Twitter ni. Tapi, gagahkan juga menulis isu ini. Sebelum ni, saya senyap. Kalau ada pun, saya akan tulis rasa tak puas hati saya tu dalam entry.
Perasan tak, sekarang Twitter dah jadi tempat mengutuk. For me, if nak mengutuk biar berani sikit. Jangan tweet perli-perli, macam nak apa kutuk sesama geng tapi at last bila 1 pihak yang terkena bertanya elok-elok..masing-masing jadi plastic people.
Come on lah. Sudah-sudahlah. Biar saya jujur saja. Saya bukan nak talam 2 muka or bermuka-muka tapi sejujurnya saya tahu cerita-cerita segelintir bloggers. Its memalukan kalau pihak itu tahu. Cuba kamu berada ditempat saya, dan kamu tahu semua cerita si A, si B dan si C tapi ABC ni tak tahu yang kamu tahu perihal mereka. If nak buat jahat, yes boleh. Tapi, saya tak mahu nak malukan sesiapa. Buang masa and tambah dosa sedia ada woo.wahahaha!
Cuma, kadang-kadang bila masing-masing dah melampau…tak dapek den nak nolong! hahaha. Alangkah baiknya, kalau semua tahu jaga hati semua pihak. I wish and pray for that.
Situasi lain. Ok, kes paling dekat now is kes JustKhai. Sebelum korang cakap saya nak tumpang populariti isu hangat ni, baik saya mengaku awal-awal. Saya bukanlah supporter yang 100% menyokong Khai dalam dunia blogging. Kenapa? Sebab, setiap kali Khai post entry baru..akan ada masa saya setuju and ada masa saya kutuk.wakakaka!
Khai, aku buat pengakuan jujur ni ok. hehehehe
Saya kasihankan Khai dan sedih bila ada yang hentam Khai teruk sangat. For me, perkara macam ni kalau boleh patut dielakkan. Tak baik nak jatuhkan semangat bloggers lain. Cuba orang yang mengutuk tu berada di tempat Khai. Kalau seorang, maybe ok. Tapi, tak mungkinlah Kita boleh tahan kalau yang mengutuk tu ramai.
Saya tak kata Khai tak salah. Ada memang ada. Silapnya is Khai seorang yang berani bersuara. Kalau Khai seorang wartawan, saya boleh samakan dia macam Mazidul. Benda yang orang lain tak berani nak sebut, dia akan huraikan dari perspektif dia.
Nak menegur boleh, tapi jangan sampai menjatuhkan air muka orang. Itu pesan my mom. Saya pegang 1 perkara. Sampai hari kiamat pun, kita takkan dapat nak puaskan hati semua orang. Kita takkan boleh paksa orang lain suka or sayangkan kita. Tapi, itu tak penting. Yang penting is kita sedaya upaya buat the best untuk buat orang lain gembira dengan kita.
Orang nak benci kita, lantaklah labu!
Macam-macam lagi situasi dunia blogging now. Contohnya, kes menipu sesama bloggers. Ada pula kes kawan makan kawanKes berebut nak couple dengan bloggers pun wujud jugak. Pokoknya, dunia blogging now tak seceria dulu tapi glad masih wujud lagi istilah blogging itu sendiri.hahahahaa!
p/s: Im not sure, tapi kalau ada yang tak selesa dengan saya lepas baca entry ni. Saya tak kisah kalau nak unfollow ke nak block FB sekalipun. hehehe. Kalau itu boleh korang happy, why not.

No comments:

Post a Comment