Monday, 27 December 2010

Tanda Lelaki curang...






Salam semua! . Rindu nak menulis macam biasa. Tangan pun dah bagi signal suruh menaip paling tidak barang seperenggan dua pun jadilah. Hahahaha.
Topik saya kali ini agak santailah. Al maklum, baru berpindah rumah kan? Tak elok pula rasanya terus nak hidangkan tetamu dengan hal-hal panas. ahaks!
Ok. Isu kali ini. Kes lelaki curang. Hah, korang tau tanda-tanda lelaki dah start nak buat perangai ke? Oh, saya tidaklah begitu arif tentang ini. Cuma, adatlah. Bila berkawan dengan si polan dan si polani. haha. Macam-macam cerita saya dengar daripada mereka.
Baiklah. Basically, kalau lelaki dan perempuan sedang hangat bercinta..oh, ibarat dunia ni mereka berdua yang empunya. Kan? Mengaku cepat! hehehehe.
Itu waktu sedang hangat bercinta beb. Hidup ni macam roda. Sekejap kita dekat atas, sekejap kita dibawah pula. Adatlah. Macam tu jugaklah bila kita bercinta.
Waktu tengah hot & spicy, macam belangkas. Tapi, kadang-kadang kita ni ada saja kelemahan diri. Mungkin kerana itu, lelaki bosan dan mulalah beri signal yang kita akan ditinggalkan tak lama lagi. muahaha.
Korang perlu tahu, lelaki teramatlah susah nak directly cakap pada wanita yang dia sudah bosan dengan relationship mereka. Mereka cuma akan tunjukkan sikap yang agak weird dan pandai-pandailah kita yang perempuan ni nak faham.
Kejam jugak lelaki yek?hahaha.
Ini, saya listkan 5 perkara yang mungkin korang boleh lihat bila si lelaki sedang berlaku curang. Signal lah senang cerita.
1- Handphone sentiasa ditangan. Waktu curang ni, handphone ibarat nyawa mereka. Kemana saja mereka pergi..handphone wajib dibawa. Paling best, bab nama dalam phone book ok. Jangan terperdaya! Teman saya, suaminya main asmaradana dengan sorang girl ni. Nama dalam handphone : Mohd Zaki. Nama selepas tertangkap dan mengaku: Zakiah. hahaha
2- Bila dapat gaji,5 hari lepas tuh dah pokai dah. muahaha. Kemana lagi duit tu kalau bukan melayan awek baru woo.
3- Bab dating pun dah kureng waktu ni. Kalau dulu, tiap-tiap malam ajak keluar makan sama-sama. Tapi, waktu curang ni…lelaki akan beri 1001 alasan kalau diajak dating woo. Paling tak tahan, pakwe kawan saya pernah buat alasan nak baca Yasin. Pleaselah. Padahal, rumet cakap…that guy keuar dengan bau perfume semerbak ok.hahaha. Dasar!
4- Kalau dulu, before nak tidur..awek say  i love you..kemain suka. Siap jawab “I love you too yang”. Waktu curang harapan tinggal harapan. Sia-sia aja si awek tunggu dihujung talian. At last, talian sudah diputuskan begitu saja.
Sekian, terima kasih. hehehehe. Lelaki, janganlah marah ya. Ini kenyataan woo. Tapi bukan kamu lah en.Hezly...... Lelaki lain. hahahaha

No comments:

Post a Comment