Monday, 27 December 2010

kalau ex bf ajak balik semula...




Kalau bekas teman lelaki ajak kita couple balik, apa reaksi korang? Seronok, excited atau meluat sangat-sangat? Adakah korang rasa macam korang ni barang yang suka-suki je orang nak guna. Waktu perlu, dia jaga kita. Bila dah bosan dia letak kita merata-rata dan bila rasa rindu balik, tanpa segan silu dia pungut semula.
Yucks. Saya yang tulis ayat atas ni. Saya sendiri rasa nak mual.
Mintak dijauhkan kalau dapat teman lelaki macam ni. For me, macam ala-ala psiko jugaklah. Kan? Hello babe, mana ada orang yang waras yang sanggup dah ludah jilat balik. Dah “buang” kita, lepas tu dengan muka slumber ada hati nak kan kita balik. Wtfish.
Entry ni memang khas untuk perempuan ok. So, kalau kaum adam nak mengamuk. Sila jaga tatasusila. wahahaha! *kidding lah
Ok gurl, apa pendapat korang? Korang pernah tak alami situation macam ni? Perasaan macam mana? Korang happy ke bila teman lelaki korang ajak couple balik walhal baru selang beberapa hari atau maybe sebulan putus cinta? Share lah kalau ada cerita.hehehe
Kalau tanyakan pada saya. Ok. Jawapan saya no! Why? Entah, sebab saya memang begitu. Sekali orang buang, jangan harap nak ajak saya balik. Maybesebab saya sudah diajarkan dengan family soal maruah diri agaknya sedari kecil.
pada saya, kita punya harga diri. Mungkin betul. Soal hati tak boleh nak main-main. Mungkin ada benarnya si dia tu punya niat yang baik untuk bersama dengan kita semula. Fine lah kalau case nya begitu. Tapi, tetap jugak agak susah for me lah nak accept. hehehe.
Bukan berdendam. Cuma, dalam hati saya akan terfikir. Kenapa sebelum putus, dia tak boleh nak fikir panjang? Kenapa sebelum putus dia tak boleh bersabar sikit, kenapa sebelum putus dia tak fikir apa yang akan terjadi dengan kita selepas itu, kenapa sebelum putus dia selfish?
Entahlah. Mungkin itu kalau terjadi pada saya. So, to all my ex boyfie. Memang sorry lah kalau ada niat nak berbaik and ajak couple semula. Jadi kawan, no problemo. Nak loving-loving and say i love u again…minta maaf. Rasanya you guys pun kenal sangat dengan i kan ;P
Tapi, itulah. Kita kan lain-lain. Itu saya. Ada juga kes kawan-kawan saya yang kontra from me. Tapi, honestly memang saya rasa tak respect pun dengan keputusan diorang. Saya beri 1 contoh. Hari ni teman lelaki dia kantoi cuz bercinta tangkap leleh dengan gurl lain, esok malas bergaduh and putus. Selang 3 hari lepas tu katanya dah couple balik. Alasan, sebab teman lelaki dia dah minta maaf dan janji tak buat lagi and the paling “bijak” alasan dia sebab dia memang tak boleh hidup tanpa lelaki tu!!!!
Korang, punya hak masing-masing bukan? Terpulanglah. Fikir mana yang terbaikla untuk diri masing-masing. Hope dapat respon dan kalau tak kisah..share lah cerita sekali if ada.hehehe!

No comments:

Post a Comment